Monday 6 May 2013

Dia Nak Berkawan


Waktu sekolah dulu aku mewakili sekolah dalam pertandingan nasyid, aku seorang je 'budak luar' yang lain semua 'budak asrama'.


Aku dulu naik ego merah, motor skuter kecil dinaiki aku yang sado dan gedang membuatkan kadang-kadang terasa berat. Pada satu malam dekat selekoh hendak turun keluar sekolah ada pokok besar, betul-betul di penjuru tempat 'budak asrama' panjat untuk 'fly'. Malam tu nak dijadikan cerita, dalam jam 12 malam lebih, selesai latihan. Agak lewat, sebab kononnya nak buat bersungguh-sungguh untuk pertandingan yang akan datang. Yang jadi mangsanya aku, cilake!


Ketika dalam perjalanan nak balik tu aku nampak kelibat seseorang dari jauh, pada mulanya niat aku ingin mengusik. Ya, aku memang nakal seperti pelajar lain yang kadangkala lebih teruk dari hantu. Aku tersengih, aku ingatkan 'seseorang' itu merupakan salah seorang pelajar yang nak 'fly'.


Hampir aku diselekoh aku jerit-jerit sayu dengan nada yang mengusik "woi..woi..siot kau nak fly". 'Dia' berdiri tegak menghadap dinding yang hendak dipanjat tetapi seperti sudah membatalkan niat, yang paling celaka sekali 'dia' langsung tidak menoleh ke aku. Aku terus panggil dengan nada yang acah-acah 'senior' "woi pundek"..sial sungguh bila 'mantera' pundek aku tu di lafazkan, motor aku terus mati enjin.


Aku cuba menghidupkan semula enjin motor tu dengan menggunakan 'starter' tapi tak berhasil. Aku kemudian menongkatkan motor yang 'ringan' tu. Entah kenapa aku terlupa kejap dekat 'orang' tu. Terlampau khusyuk memikirkan motor yang tak boleh di 'start', kemudian baru aku perasan yang aku sebenarnya berada di 'selekoh'. Ah! mati aku.


Padang di sebelah kanan, padang yang sungguh luas. Dup dap dup dap jantung aku, entah apa yang aku takutkan pun aku tak tahu. Mungkin pada waktu itu keadaan sekeliling membawa kepada 'scene' yg agak seram. Nak patah balik, mana boleh sebab aku bukan 'budak asrama'. Aku terlupa yang aku bukan berseorangan, ada 'budak' nak fly. Mungkin 'dia' takut dekat aku, tu yang dia tak keluar. "Woi!" aku memanggil dengan nada yang sedikit tinggi ingin meminta tolong untuk dia menolak motor aku.


Zappppp!! Meremang bulu segala bulu tiba-tiba bila ada kereta kancil merah melepasi aku, seperti kelam kabut, kecemasan barangkali. Aku menyumpah "buto lah woi sekolah agama, aku kat tepi ni malam-malam buta bukan nak tolong". Kemudian aku menoleh ke belakang dengan niat nak minta tolong 'budak' tadi, sekali lagi Zapppp!! Hilang, kali ni memang betul-betul celaka. Hilang terus satu kelibat pun tiada, yang ada hanya bau asap tokong cina. Aku start motor guna kaki, agak sial jugalah bila cubaan aku berkali-kali tidak berhasil. Gopoh, termengah-mengah aku memijak-mijak untuk menghidupkan motor, dengan izin tuhan aku 'selamat'. Motor boleh 'start' dan laju je aku ke pakgad, sebelum aku keluar pagar aku berhenti kejap di pondok pakgad, tak matikan enjin, tak turun dari motor, tak buka helmet, berhenti kejap aja.


Aku bercerita pada pakgad tentang sikap pemandu kereta kancil merah yang baru keluar tadi. "tulah paktam, harap je sekolah agama. Dia bukan tak nampak saya kat situ, dah lah laju" aku menerangkan dengan nada yg kesal dan marah. Muka Pak Tam berkerut seolah-olah beribu persoalan bermain di minda Pak Tam. Buat kali ketiga bulu roma aku tegak, tahap memang yang aku tak boleh nak gambarkan apabila Pak Tam mengeluarkan suara, "mana ada kereta kancil, satu kereta pun takda keluar tadi, lagi satu mana ada warden bawa kancil merah".


Sepanjang perjalanan aku ke rumah melalui templer, hutan kiri kanan, 'highway' lekang. Aku menyanyikan lagu Raihan dengan harapan tiada jembalang yang tiba-tiba 'friendly' dengan aku. Macam bodoh juga aku, lagu Raihan? Heh.


Bila tiba sahaja dirumah, kedengaran adik kecilku yang pada waku itu berusia tiga tahun sedang menangis, seperti tercekik. Rumah aku tiga tingkat, tingkat bawah seperti biasa, tingkat dua ada ruang keluarga dan tiga buah bilik termasuk bilik mak ayah aku, dan atas sekali bilik aku. Jadi, untuk naik ke tingkat tiga, aku mesti melepasi bilik mak ayah. Ayah membuka pintu biliknya, memanggil aku yang pada waktu itu baru sahaja menjejakkan kaki untuk ke tingkat tiga (bilik aku).


Dalam keadaan yang sungguh palat digaul dengan aku yang sangat penat pada waktu itu, aku turun dengan muka yang terpaksa dan letih.


"Astaghfirullah" "Subhanallah" ayah aku melafazkan kalimah dengan mukanya yang seperti sedang melihat hantu. Buat entah kali keberapa pada malam itu aku merasakan sesuatu yang tak kena dengan keadaan sekeliling, lesu, penat dan seperti sedang diperhatikan.


Mungkin sebab terlalu letih, aku rebah ke lantai dan rasa mual macam nak muntah. Ayah buka semua lampu yang ada di tingkat dua, aku dengar adik teriak didalam bilik. Ayah menelefon Ustaz Awang yang pada ketika itu sedang berada di Kelantan, mama berkerut dahi dan mamai-mamai sambil cuba menenangkan adik yang menangis.


Aku dipimpin dan didudukkan diatas kerusi, aku bersuara "along penat". Ayah aku tidak henti mengusap belakang aku sambil membacakan ayat-ayat suci, aku begitu hairan dan seram sejuk dalam masa yang sama. Aku nampak jam menunjukkan hampir mencecah pukul 2 pagi, aku merasa sedikit tenang dari sebelum-sebelum ini. Aku membasuh muka dan berwudhu' , ini kerana ayah mengajak aku mengaji. Dalam hati aku pada waktu itu "pundek, aku penat!". Tetapi aku buat, sehingga aku betul-betul mengantuk. Entah bila yang aku tak mengantuk pun aku tak tahu, memang dari tadi lemah je rasa badan. "Pergi tidur dulu, nanti ayah kejut kita tahajjud sama-sama" kata ayahku dengan riak wajah yang begitu tenang.


Seperti biasa aku tetap aku, ayah aku seorang sahaja yang bertahajjud. Aku terjaga pada jam 3 petang, aku tidak kesekolah. Aku turun ke tingkat bawah untuk pelahap apa yang ada, terasa seperti bertahun-tahun tidak makan dan dahaga yang teramat sangat. Mama sedang memotong sayur kacang di meja makan, "kenapa tak kejut along?" aku bertanya konon-konon merasakan rugi tidak kesekolah. 


Ayah pulang kerumah pada jam 6 petang. Ayah memeluk aku, selawat dan mencium kepala aku. Pelik, tak pernah macam ni, pelik tapi benar.


Setelah selesai solat maghrib, ayah aku menceritakan tentang peristiwa yang telah berlaku pada malam semalam. Ketika tibanya aku dirumah ada 'benda' ikut. Dia memanjat belakang aku, kepala lentok seperti bermanja sambil senyum. Muka hodoh seperti ada cakaran dan darah yang berlendir, berseluar pendek, mata hitam yang sedang terbeliak. Dada aku seperti di tumbuk bertubi-tubi, sukar nak bernafas dengan betul, boleh terkencing juga aku diseluar.


Sejak peristiwa itu, tiap-tiap malam pasti akan kedengaran seperti budak kecil sedang bermain, betul-betul disebelah katil, seperti sudah biasa. Aku ada tuhan


1 comment:

  1. Klau x bc x best sbb nak tau ending tp bila da tau ending mmg dajal x tdo mlm... lps ni klau closing mmg best drive sorg2... wwaaaa....

    ReplyDelete