Monday 6 May 2013

Blok B

Aku sering ke sekolah pada waktu malam. Disebabkan sekolah aku itu berasrama, jadi kehadiran aku tidaklah hambar seperti sekolah-sekolah biasa yang dekat dengan sekolah kami. Sebab aku kesekolah pasti sudah diketahui ramai pelajar disitu, bagi mereka kehadiran aku adalah 'syurga' kerana aku bawa motor dan akan ada sekotak rokok dipoket.

Pelajar asrama sudah lali dengan aktiviti dan jadual yang begitu padat, mereka bukan sekadar bangun sebelum subuh dan terpaksa 'romen' dengan air yang sejuk tiap-tiap pagi. Tetapi selepas maghrib pula aktiviti mereka akan diisi dengan tazkirah sampai ke isya' dan kemudiannya pergi prep, waktu rehat mereka betul-betul terhad. Yang jenis hantu aja yang dapat rehat lama.


Disebabkan aku tiba di surau sekolah tepat pada waktu isya', aku mengajak Zhorif untuk ke kelas yang terletak di blok B. Seperti biasa Zhorif akan menjadi 'mangsa' untuk menemani aku, disebabkan Zhorif ni jenis senang dan tak banyak merungut, jadi aku selesa mengajaknya. Tambahan pula, Zhorif ni sedikit lucu, serius macam mana dia cuba cerita sesuatu pada aku, bagi aku tetap lucu.


Aku dan Zhorif berbual kosong, entah apa yang menarik tapi kami seronok. Masuk kelas 5 Hanbali, dengan niat yang brutal dan penuh dendam aku mengoyak buku nota Irfan Tek, entah apa dosa dia tapi aku buat..suka-suka.


Seronok seperti baru sahaja menang loteri, mungkin kerana kami terasa 'bebas' kerana tak perlu ikut yang lain berjemaah. Zhorif senyum-senyum paksa, pundek sungguh. Aku dan Zhorif berada didalam kelas yang gelap itu, sengaja tidak dibukakan lampu kerana takut 'kantoi' dengan sesiapa, ya aku juga penakut.


Sementara tunggu mereka selesai solat jemaah yang terpaksa itu, mulut aku dan Zhorif terkumat kamit khusyuk bercerita isu semasa yang sohai.


"Kreeekkk" bunyi kerusi diseret betul-betul ditingkat atas. Atas siling dimana kami duduk berborak dan berbohong. Masih tidak rasa apa-apa, kami berada di tingkat dua dan bunyi yang terhasil itu dari tingkat tiga, tingkat paling atas. "Ah siot lah, ni mesti perempuan yang tak boleh solat" kata aku.


"Srett..srettt.." bunyi seperti orang yang sedang berjalan menyeret selipar dengan malas tetapi laju.

"sorok zoi, sorok!" bisik Zhorif dengan tegas kerana takut 'kantoi' dengan pelajar aspuri, maruah akan tergadai jika benar-benar kantoi. Mungkin kami akan di 'reject' dari menjadi calon suami, mungkin.

Entah kenapa aku rasa geli hati yang teramat sangat, melampau sungguh. Zhorif dah meniarap diatas lantai gagah untuk menyorok, aku bercangkung sambil mata sedang memerhati luar. Dalam suasana yang sunyi sepi tu tiba-tiba "Bzzzz" getaran terhasil dari telifon bimbit Zhorif. "Bodoh! diamlah" bisik aku dengan tona yang marah. Zhorif sedang hangat bercinta dengan Marsya, jadi mereka berbalas mesej. Yang peliknya Marsya seorang pelajar yang taat pada peraturan, sudah pasti dia tidak membawa 'phone' ke asrama. Zhorif playboy? Heh.


Dengan siapa Zhorif sedang berbalas mesej tu pergi mati. Apa yang sedang bermain difikiran aku pada waktu itu adalah aku berharap sangat agar tak kantoi. Ini merupakan satu 'jenayah' yang berat bagi kami pelajar sekolah 'agama'. Ponteng solat jemaah bagi mereka adalah haram.


Bulu roma menegak seperti sedang menghormati lagu negaraku, jantung berdegup seperti rentak disko. "Aku dah kata jangan" bisik Zhorif, aku jadi marah. "Diamlah bodoh!" aku balas dengan hati yang tengah menggelegak panasnya, benci betul bila ada yang menunding jari di saat getir macam ni, bangang.


"GANGGGG!!" bunyi pintu yang tertutup sangat kuat seperti dihempas dengan penuh dendam. Aku dan Zhorif terkejut tahap hilang punggung, bunyi itu datang dari hujung blok, selang satu kelas lain dan satu bilik guru perempuan dari kelas yang sedang kami 'lepak'.


"Kreekkk" bunyi lagi kerusi diseret dari atas, aku dah mula sumpah seranah. Zhorif terkaku diam, tidak tergambar perasaan kami pada ketika itu. Sepi Zhorif membuatkan aku seperti hendak membunuh dia pada waktu itu juga tapi tak boleh, nanti dia bertukar jadi hantu. Jadi aku membatalkan niat.


"Weyh siotlah, ni mesti Emir dengan Capik dowh" bisik aku dengan nada seperti memikir bercampur marah. Zhorif masih diam dalam posisi meniarap. Celaka punya Zhorif, terkejut beruk aku dibuatnya bila terlihat jasad Zhorif elok terpaku meniarap betul-betul sebelah aku, boleh pengsan pula dia. Zhorif memang seorang wira, puih!


Lama juga bercangkung jadi lenguh, jadi aku juga meniarap. Bunyi suara perempuan dibawah seperti hendak naik keatas. Sama macam hari-hari lain, pelajar perempuan akan guna blok B untuk 'prep'. Perasaan aku yang gemuruh bertukar menjadi lega.


Aku bangun seperti hero, aku sengaja meninggalkan Zhorif dengan niat supaya dia akan malu bila sudah terjaga nanti. Melihat pelajar aspuri yang berada didalam kelas akan membuat mukanya merah padam, aku tahu. Aku kenal Zhorif. Yang pastinya, Zhorif akan dibahan, diejek, diusik dan macam-macam lagi jika pelajar aspura tahu, jadi aku sengaja biar.


Aku keluar dari kelas, meremang macam nak gila. Takut, rasa seperti ditampar dan dipijak-pijak kepala aku. Terhoyong-hayang pening  tiba-tiba bila entah dari mana datang bau yang sangat busuk! dan tiada lansung  pelajar aspuri. Aku dongakkan kepala ke tingkat tiga, satu lampu pun tidak dibuka.


"Astaghfirullah.." bisik aku didalam hati, aku berlari pecut seperti orang yang sedang bertanding dan mengejarkan tempat yang pertama. Aku berlari menuju ke surau, aku betul-betul meninggalkan Zhorif.


Surau riuh rendah, solat berjemaah sudah selesai. Murid lelaki dan perempuan sedang untuk ke 'prep', aku mengah-mengah, berdebar, takut dan macam-macam. Sukar untuk aku gambarkan perasaan aku pada ketika itu. Terkejut bila kelihatan disatu sudut surau, ramai yang berkumpul dan Zhorif ada dikalangan mereka. Muka Zhorif yang penat seperti baru sahaja 'jogging' menghairankan aku.


Dari sudut yang sama juga mereka memerhati, aku masih terpinga-pinga sambil menuju ke arah mereka. "Weyh, bila kau gerak? dah lah pengsan" tanya aku pada Zhorif, masih cuba untuk mengawal perasaan takut dahi aku berkerut.


Zhorif menceritakan pada aku apa yang terjadi sebenarnya, sumpah terasa seperti jantung dirobek-robek mendengar cerita Zhorif. Ketika Zhorif sedang meniarap dan aku bercangkung, dia ternampak kepala 'setan' berambut panjang, mata terbeliak dicelah kangkang aku, kepalanya berlumuran darah. Zhorif terus menyambung cerita, pelajar lain diam. Semua menjadi baik, sangat baik termasuk pelajar yang perangai 'hantu'.


Zhorif kata dia meniarap tidak lama, sebaik sahaja 'phone' dia 'vibrate' dia terus bangun perlahan-lahan dan lari, dia memanggil nama aku berulang kali, tapi sumpah aku tak dengar sepatah haram pun. Paling menggerunkan bila Zhorif kata semasa dia jerit nama aku buat kali terakhir, dia nampak 'setan' tergantung dengan tali di kipas. Kaki 'setan' itu hampir menyentuh kepala aku katanya.


Dalam perjalanan pulang ke rumah aku merasakan seperti ada benda yang sedang ikut. Aku cuba untuk tidak melayan perasaan.


Yang membuatkan aku terfikir sampai sekarang adalah, lama betul aku berdua duaan dengan 'setan' berupa Zhorif itu. Di dalam kelas yang gelap ditemani cahaya yang samar-samar dari lampu koridor. Tuhan melindungi aku.


Pada malam aku tiba dirumah, rumah aku kosong tiada sesiapa, mak ayah dan adik-adik ke rumah sepupu aku di Bangi dan akan pulang pada keesokan harinya.  Malam itu aku tidak lena tidur kerana diganggu sehingga subuh, namun aku percaya tuhan bersama aku.



1 comment: