Saturday, 2 August 2014

HERO

Aku punya mengantuk hari ni kau tak payah tanya, sebab kalau kau tanya bukan dapat hilangkan cerita mengantuk aku  pun. Aku tidur lepas subuh, sebelum subuh tu aku study untuk ‘final exam’ minggu depan dan baca buku Firdaus Ahmad. Penulisan dia terus buat aku ketepikan urusan tidur.


Mama pesan pukul 12 nanti jangan lupa ambil adik dan abang teh  di sekolah. Adik berumur 6 tahun yang bersekolah di tadika al-ikhwan, tadika yang sama aku belajar menjadi hero gadis-gadis. Abang Teh pula 9 tahun adik aku nombor 5, kah kah kah! Banyak pula main nombor dekat perenggan ni, kau jangan pergi kedai toto mencuba nasib pula lahanat.


Bila tiba di tadika al-ikhwan, aku nampak adik dengan gaya romeo sedang dikelilingi makwe-makwe sebaya. Dengan memandang situasi sebegitu, aku terus merasakan adik mempunyai masa depan yang cerah, sangat cerah. Aku sebagai abang, aku tahu perasaan hero yang adik sedang nikmati pada ketika itu. Jadi aku tak turun dari kereta untuk jemput dia macam mak ayah yang lain, aku biar adik tunjuk hero depan makwe-mawe. Adik tiba dari arah belakang seperti bos, belah depan aku nampak makcik yang sedang galas beg anak, “oh anak makcik ni sekolah sini juga” aku cakap sendiri dalam hati.


Eh, main senyum pula makcik ni sambil menuju ke arah kereta aku, si adik ni buat-buat lembab pula buka beg dari bahu, cukup-cukuplah tunjuk hero.
“bang, tadi Zulhusni ambek ice blended satu...” kata makcik tu dengan nada yang lembut sambil tersenyum. Kah kah kah! Hero apa kejadah ambil ice blended tak bayar, guna alasan nanti mak saya datang bayar. Aku hulurkan seringgit sambil membalas senyuman pada makcik, anak makcik tu juga golongan makwe, adik pula seperti tidak heran dan langsung tiada terpancar riak wajah malu padanya. Ini hero tahap kental dah ni. Cerah masa depan kau dik, cerah!


*esok adik ada sukaneka di taman batu muda, bersungguh-sungguh betul dia. Bila aku tanya dia rumah apa, dia kata rumah kuning. Aku cakap “along dulu tadika rumah biru, biru ni kira abang-abang enam tahun yang pegang”.



Taknak, biru BN...”. Itulah kali pertama dan terakhir aku bincang hal politik dengan adik.

Sunday, 16 June 2013

Kejadian betul-betul-betul aneh!

Dalam banyak benda dalam dunia ni, ada satu benda yang ajaib sampai sekarang aku tak dapat nak selesaikan. Umur dah 20, boleh tahan macam-macam jugaklah yang aku dapat buat conclusion. Tapi ada satu kes ni memang selalu berlaku waktu aku kecik dulu, sampai sekarang tak dapat nak setel.

Hal yang berlaku dekat aku ni sangat aneh, pelik dan menyeramkan. Tiap tahun aku cuba kaji apa dia, tak dapat. 

"Waktu kecik dulu, aku selalu tertidur depan tv. Baring atas lantai sambil pekena cartoon network, waktu tu tak cukup 'brader' lagi nak pekena kuaci atau mesej dengan makwe. Tapi bila tiap pagi bangun, mesti aku ada atas katil. Sampai sekarang aku tak tahu apa punca, aku tak percaya pada benda tahyul. Tapi benda ni kadang-kadang boleh bawa pada bermain candy crush, bye"

*selamat hari bapa! ayah aku cool, so biarlah aku cerita ringkas aja. Panjang pun buat apa, bukan dapat langsaikan hutang PTPTN aku pun.

Tuesday, 11 June 2013

Cikgu Rafidah, pawer dan berkaliber!

Pergh! Baru tengok logo dah rasa nak order

Siapa kata Kak Ton pawer?! Cikgu Matematik aku lagi pawer! Dah lah cun, siap boleh berniaga lagi. Kalau lah cikgu Rafidah ni berniaga zaman aku tingkatan 5, confirm matematik aku 'A'. Mestilah, sah-sah aku jadi rakan kongsi punya. Bila sebut pasal rakan kongsi, give and take lah. Aku jual produk kasi kaw-kaw, cikgu kasi aku grade 'A'. Bukan macam tu ke sistem perniagaan majoriti dekat Malaysia? kihkihkih!

Minoriti aja yang betul-betul pegang 'law', tu pun bila dah kaya ada juga yang tamak.

Tapi aku tahu, iman cikgu aku ni kuat. Memang betul-betul tak masuk akal dia punya iman, aku tau lah. Sebab dia pernah dapat anak murid macam aku. Kahkahkah!

Mulai sekarang, aku selalu berdoa supaya cikgu Rafidah tak mengambil masa untuk menjual produk dalam kelas. Sebab aku dengar cerita pengetua kali ni lain macam punya disiplin, habislah cikgu-cikgu sekolah aku. Kesian, depa ingat aku taktau depa sendiri ramai yang tergolong dalam golongan 'Rebelian', cuma tak tunjuk aja depan murid. 

Sekurang-kurangnya cikgu Rafidah ni jual produk kecantikan. Kalau ada cikgu hok jenis jual insurans, aku betul-betul tak faham. Baik buat nasi lemak, supply dekat kantin. Dapat juga hasil tetap yang pawer, boleh belanja anak murid makan mewah sikit. *ikan keli selipar sambal hijau

Seronok bila aku dapat tau cikgu Rafidah ni buat benda yang dia betul-betul minat. Memuaskan hati dan membuahkan hasil depan mata. Dalam masa yang sama cikgu Rafidah dapat build-up-contact. Bukan sahaja dalam golongan pendidik, malah pegawai kerajaan mahupun swasta, dan housewives yang mengutamakan kecantikan untuk tatapan suami. Aku malas nak kaitkan hal datin nak pancing anak ikan. Kahkahkah!

Sekurang-kurangnya adalah juga benda yang nak dibualkan dalam bilik guru. Memanjang cerita hal masalah pelajar, pelajar malas buat kerja sekolah, pelajar tu pelajar ni, take a break and cerita benda lain pun best juga kan?

Aku betul-betul harap cikgu Rafidah bagi satu stock percuma untuk entry ni, nak hadiahkan ke mak aku. Sebab apa aku minta free? Sebab aku melayu, kahkahkah! 

Oh ya, siapa yang nak order produk kecantikan cikgu aku ni, ataupun bertanya dengan lebih lanjut. Boleh lah berbuat demikian ;

Pn Rafidah Subarihttps://www.facebook.com/rafidah.subari?hc_location=stream

Fida Dnars Skincarehttps://www.facebook.com/pages/Fida-Dnars-Skincare/374389105998301

Ya Rabbi! Ada diskaun woi! Cepat order

*aku dengar cerita, cikgu sejarah aku zaman tingkatan 3 pun turut terlibat. Mashaallah! pawer betul cikgu-cikgu aku ni.

Monday, 10 June 2013

Oh yeah! Oh yeah!

Aku punyalah mengamuk dalam kelas tadi, cerita lecturer aku pelat tu satu hal. Ni cerita dia bagi assignment sesuka hati yang memang tak masuk dalam silibus langsung. 

Ni aku nak tanya, lecturer aku tu bagi assignment disebabkan betul-betul dia nak mengajar ataupun sebab dia marah. Kalau sebab dia marah, memang cilake! 

Kau nak klasifikasikan student kau faham atau tak dengan memberi soalan, ya betul kau bagi masa satu jam. Tapi bila ada student yang tanya, boleh tak nak terangkan dalam bahasa melayu. Kau tak bagi, natang apa kau nak uji sama ada student tu faham atau tak. Ni dah macam final exam! 

Kau dah bebankan kepala hotak sesetengah student yang memang tak pawer mana nak cakap omputih, tapi kalau kau bagi dia cakap bahasa dia sendiri, mau terpacak rambut kau dengar dia punya 'explanation'.

Bagi aku, bahasa tu tak melambangkan tahap kau menguasai sesuatu bidang. Bahasa inggeris tu memang penting, tapi tak bermaksud kau tak pawer omputih, kau akan noob dalam sesuatu bidang tu.

Contoh aku bagi; Ada makcik dari kampung ni pawer gila nak mati buat kuih bengkang, sekali mat saleh ni tanya macam mana dia buat? Kau rasa tak terlondeh pundi kencing makcik tu nak menjawab? 

So dekat sini aku cuma nak cakap, wahai lecturer yang superhebat. Kau janganlah melenting tak tentu pasal bila ada student yang tergagap nak jawab persoalan kau. Bukan student tu tak faham, tapi dia berdebor woi dah kau tanya dalam bahasa omputih. Bukan semua orang ada skill nak ber public speaking, janganlah melenting. Tindakan kau tak relevan langsung, relax. 

Aku yakin atas kertas, student kau pawer susun ayat. Cuma bila nak bercakap tu dia berterabur sikit, takda keyakinan. Aku tau, sebab aku pun macam tu. Kahkahkah! Tapi kalau kau bagi aku cakap bahasa yang aku selesa, mampos dengan pundi kencing kau sekali terlondeh. Kahkahkah!

"Weyh Zack, sampai bila student nak pandai cakap omputih kalau semua berpendapat macam kau?"

Aku nak tanya balik. "Sampai bila kau nak student terus ponteng kelas sebab takut kena cakap omputih?" *ponteng sebab pergi 'club' tu tolak tepi, kahkahkah!

"Habis diorang kenalah berusaha sendiri, cari inisiatif untuk diri sendiri. Dah tahu english tak pawer. Belajarlah, practice lah"

"Dari kau dok bising, apa kata kau bimbing, kau tolong dari kau dok rasa diri kau sendiri pawer dan gelak kat orang lain. "

Benda selagi tak kena batang hidung, semuanya mudah.

Depa belajar pagi petang siang malam, memang betul-betul faham. Tunggu nak kena soal aja, sekali lecturer kata dia bebal, tak study, tak buat persediaan. Dengan alasan dia tak dapat terangkan.

Bukan dia tak dapat terangkanlah bangsat! Tapi sebab dia takut, dia takut kena gelak, dia takut orang pandang rendah, dia takut. Sebab environment dia dalam 'scene' belajar ni selalu kena macam tu.

Take it slow lah, nama pun belajar. Jangan nak marah tak tentu pasal sebab student kau tak bolehcakap omputih, kau bukan ajar english pun, kau ajar benda lain. 

You're english is also not that good, grammar bersepah, sebutan tak betul. Selalu juga student kau bahan kau belakang-belakang. Public jadi Paprek, for jadi fro. Kahkahkah! pelat tak bertempat kau ni. 

Oh ya, bila aku dok cerita benda ni. Teringat pula pada satu filem hindustan "3 Idiots". Kalau kau rasa entry aku ni serupa gampang, kau pergilah tengok cerita tu. Kau kan lagi percaya benda dekat TV, kahkahkah!

Sunday, 9 June 2013

Admin itu pelajar, pelajar itu Admin

Jangan risau, aku dah solat isya' sekali dengan berdoa. Apa yang aku doa kau tak payah tanya, baik kau doa kau sendiri-sendiri aja. Kasi aku kaya pun cun jugak!

Esok aku ada kelas pukul 11 pagi, yang jahanam buat aku rasa nak bertumbuk dengan pihak Admin ni adalah bila dalam jadual tunjuk kelas aku dekat blok D. Astaghfirullah, hok aku tau bangunan sampai blok C aja. Cerita blok D dekat setapak lah apa lah depa boleh pi cerita dekat bangla cyber cafe belakang.

Kes macam ni aku tau bukan aku aja yang kena, ramai! Tapi depa suka sumpah seranah sorang dalam hati, cerita dekat mamak tepi sambil pekena nasi ayam, usha-usha makwe.

Esok kelas pukul 11 ni macam mana? aku nak kena ngadap admin dulu ke? nak tanya kelas kat mana? Aku dah register subject, naik turun bangunan. Aku dah tekan sana sini dekat student portal, dah buat semua. Dengan harapan segala benda jadi mudah, aku nak pergi kolej dalam keadaan otak free. 

Sekali jadi benda gini. Kalau memang betul blok D tu wujud, apa punya gampang aku nak ke 'setapak' lepastu ke bandar kolumpo ni balik? kalau aku buat surat minta peruntukan minyak kenderaan, haram depa tak boleh bagi. 

Jadi esok aku tak dapat masuk kelas lagi, sebab aku kena setel urusan puaka blok D, setan!

Takpa, aku tau blok D tu hanya kesilapan dan sandiwara, kesilapan yang bukan kali yang pertama.

Ini cerita semester lepas. "Student kena hadir kelas, sistem kali ni kalau student tak hadir kelas lebih dari 3 kali, student akan di bar dari mengambil final exam".

Jengjengjeng! Satu kolej kena bar dari subjek masing-masing! Macam aku, kena bar dari subjek "Revog". Student lain aku tatau, ada member aku kena bar subjek yang lain. Tapi subjek yg kami kena bar ni memang kami hadir full baq ang! full tahap melimpah dah! Majoriti kawan aku semua kena. SEMUA! Kahkahkah! Kalau yang hadir kelas penuh pun kena. Jadi yang tak hadir kelas lebih dari sepuluh kali tu pun turut sama membuat rusuhan lah dekat admin! macam gampang! Kahkahkah! Kesian betul student hok datang kelas penuh macam aku ni. 

Bila rujuk ke admin, depa kata ada salah sikit dkt sistem. Mungkin lecturer tak key in dan sebagainya. Hangpa ingat aku nak dengar semua bullshit tu?! Student disuruh untuk minta signature lecturer, dekan dan head of school. 

Eh kejap, head of school dengan dekan tu lain ke sama eh? Ah! Peduli apa, yg penting tiga signature kitorang kena mintak. Minggu tu lecturer aku merasa lah jugak macam mana jadi Lisa Surihani, berpusu-pusu student minta signature. Supaya lepas untuk ambil final exam. 

Yang bangun pagi bergaduh dengan setan untuk hadir kelas dengan harapan flow semester jadi mudah, semua jadi sia-sia. Ya betul, kesilapan sistem tu belakang cerita, yang penting kita pergi kelas dan dapat ilmu. Betul, tu semua betul. Masalahnya sekarang, kawan-kawan aku yg memang taknak pergi kelas tu, tapi terpaksa. Depa kena datang, kalau tak datang depa akan kena bar dari final exam. Datang punya datang, kena bar juga. Kutu-kutu yg malas pergi kelas pun sah-sah kena bar, tapi boleh turut buat muka kesian dan merungut kenapa mereka kena bar. Dah semua merungut kena bar, takkan admin nak kata semua tak datang full? memang kena sumpah jadi kambing lah admin tu nanti.

Jadi sekarang dah ada dua group. Dua-dua group ni kaki lepak sampai memalam buta, pergi mana tu belakang cerita. Satu group ni mengantuk nak mampos tapi paksa pergi kelas, group lagi satu pula memang haram malas pergi kelas. Akhir cerita dua-dua dapat masuk exam. Perghh! Mahu tak berbulu? Kahkahkah!

Oh ya, group lagi satu. Group anak soleh macam aku yang turut aja perintah dan lepas geram dekat blog.

"Aku rindu UiTM" bye


Tuesday, 4 June 2013

Aku, Cinta dan Dia


Fiq merupakan seorang pelajar tingkatan empat sewaktu kali pertama beliau menjejakkan kaki ke sekolah itu. Fiq pelajar baru dan menjadi tumpuan pelajar wanita khususnya, ini kerana Fiq mempunyai  raut wajah yang tampan, senyuman yang kadang-kadang saja dapat dilihat, kening yang tebal dan susuk tubuh yang menarik.

"weyh kau pandai main bola?" tanya Wan kepada Fiq. Biasalah soalan-soalan klise begitu ditanya pada pelajar baru. Perbualan ringkas tersebut diakhiri dengan Fiq memberitahu Wan bahawa dia juga pemain bola yang selalu bermain diposisi pertahanan. Sesiapa yang tidak mengenali Wan pasti akan menyangka Wan adalah seorang budak yang sombong, bongkak, poyo. Begitu jugalah pandangan pertama Fiq terhadap Wan. 

Fiq menginap di asrama, sama seperti pelajar lain. Sewaktu minggu balik, Fiq dengan rasa tidak sabar memberitahu abangnya 'Along' "weyh, kau ingat tak ada budak perempuan main bola dengan aku kecik2 dulu? Dia satu sekolah dengan aku dowh". Terpancar senyuman yang begitu gembira diwajah Fiq, seronok yang tak dapat digambarkan seolah-olah teruja kawan sepermainan diwaktu kecil bersekolah dengan dia. Tambahan pula kali ni Sya bertudung labuh dan berpakaian 'muslimah', berbeza sewaktu darjah 4, Sya hanya memakai tshirt lengan pendek dan tidak bertudung. 

Setahun kemudian, Fiq dan Wan merupakan sahabat yang sangat akrab. Satu sekolah sudah tahu bahawa Fiq dan Wan merupakan sahabat yang sentiasa bersama. Dimana ada Fiq, disitu ada Wan. Perangai gila mereka membuatkan pelajar yang lain merasakan seperti mereka tidak reti serius, tetapi jauh disudut hati hanya tuhan tahu betapa banyak bakul kesedihan yang mereka pendam dan masalah yang terpaksa mereka tanggung sendiri. Pelbagai masalah yang tak mereka tunjukkan, ada juga Fiq bercerita pada Wan dan begitu juga sebaliknya. Namun, masih ada segelintitr perkara yang Fiq tidak bercerita pada Wan, dan Wan tidak bercerita pada Fiq. Salah satunya adalah hati Fiq kepada Sya, Fiq memendam perasaan pada Sya sejak kali pertama dia bersua muka dengan Sya di sekolah. Perasaan terkejut, gemuruh, berdebar dan gembira itu membuatkan Fiq rasa sesuatu jauh disudut hati, tetapi dia cuba untuk tidak terlalu melayan perasaan.

Fiq tahu bahawa Sya ada menaruh perasaan pada orang lain, pada Ikram. Juga seorang pelajar tingkatan lima. Fiq cuba menjauhkan perasaan cinta itu dengan melayan Sya seperti kawan-kawan yang lain, seperti biasa. Tetapi itu semua tipu, benda yang pura-pura mana boleh jadi betul. Melainkan kau betul-betul merobek jantung kau sendiri. Fiq tersiksa, tapi dia pura-pura, Fiq sedih, tapi dia pura-pura, Fiq rindu-sayang-pedih, tapi dia pura-pura. Terus berpura-pura sepanjang tahun. Fiq korbankan cintanya demi sahabat, demi kebahgiaan orang lain, demi kebahgiaan Ikram dan Sya.

Pada tahun yang sama, Wan putus cinta. Wan ditinggalkan kekasihnya, sungguh Wan sedih, Wan tak keharuan. Tiap-tiap malam Wan akan menangis, akan menjerit dalam hati bersungguh-sungguh. "Takpe Wan, kau relax je. Bunga bukan sekuntum bro" kata Fiq kepada Wan dengan nada yang memberi nasihat. Fiq tidak berputus asa membantu Wan. Takut Wan tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran, risau, SPM makin hampir, dalam masa yang sama Fiq sendiri sedang menanggung derita. Tiap kali Fiq rasa 'down', pasti dia akan curi-curi untuk melihat wajah Sya yang berada di kelas sebelah, lagi seronok jika dia dapat berborak dengan Sya seperti biasa.

Ikram dan Sya tidak ada apa-apa hubungan secara rasmi. SPM sudah berlalu, alam persekolahan sudah berlalu. Fiq keluar dengan semangat yang baru, Fiq cuba untuk meletakkan dirinya pada satu level yang lebih tinggi. Untuk menjaga hati dan perasaan Ikram, Fiq bertanyakan tentang perhubungan Ikram dan Sya. Ikram betul-betul menidakkan perasaan dia terhadap Sya, Ikram mengatakan bahawa dia langsung tiada perasaan terhadap Sya, cuma kawan biasa saja. Fiq mengajukan soalan yang sama berkali-kali dan jawapan yang sama jugalah yang diberi Ikram pada Fiq. 

Kerap juga Fiq dan Sya berhubung melalui sistem pesanan ringkas, pagi, petang, siang dan malam tidak renggang telifon bimbit dari genggaman Fiq. Begitu jugalah dengan Sya. Fiq memberitahu bahawa dia memendam perasaan pada Sya sejak dibangku sekolah, perkara ini diberitahu melalui 'sms' saja. Sya cuma memberi respond biasa, seperti memendam perasaan terkejut dan menjual mahal. Nak dijadikan cerita, Fiq dan Sya kerja ditempat yang sama sementara menunggu keputusan SPM. Mereka bekerja di 'Secret Recipe' Selayang Mall. 

"Saya cintakan awak" kata Fiq dengan hati yang berbunga pada Sya. Situasi itu berlaku pada waktu malam setelah mereka berdua selesai berkerja, betul-betul dihadapan JM Briani Selayang Mall.

"Saya pun sebenarnya dah lama suka dekat awak, tapi saya cuba jauhkan perasaan saya tu. Saya takut perasaan awak dan saya tak sama" balas Sya pada Fiq. Malam itu merupakan malam yang paling indah mereka berdua, walaupun mereka pulang kerumah masing-masing dan bukannya menikmati malam pertama seperti pasangan suami isteri.

Dalam percintaan perlukan pengorbanan, begitulah yang dilakukan Fiq dan juga Sya. Kerap juga mereka bertengkar mengenai isu yang kecil. Jika Fiq merajuk, Sya akan pujuk. Begitu jugalah jika Sya merajuk, Fiq yang akan memujuk. Sayang dan cinta Fiq pada Sya tidak dapat dihuraikan dengan kata-kata. Fiq bukan jenis bercerita pada Along hal-hal percintaan, bagi Fiq kisah dia dan Sya hanyalah antara mereka berdua saja. 

Bibit-bibit percintaan yang mereka lalui mungkin klise bagi orang lain, tapi tidak bagi mereka. Suatu hari Fiq dapat tahu bahawa Sya dan Ikram berhubung antara satu sama lain. Fiq merasa begitu marah dan tercabar, Fiq usaha memperbetulkan keadaan. Fiq berusaha mempertahankan hubungannya dan Sya. Seperti sebelum-sebelumnya, mereka berbaik semula.

Wan selalu juga datang kerumah Fiq, saja melepaskan rindu. Kadang-kadang mereka akan menghabiskan masa diluar, tapi dirumah mungkin lebih selesa. Boleh buka baju, boleh baring, boleh buat apa-apa. Rumah Fiq selalunya menjadi tumpuan.

"Kau tak tau dowh, kau tunggulah nanti bila dah kena dekat kau sakit gila dowh Fiq" kata Wan. "Aku taulah, sapa kata aku asyik happy je? kau tak tau Wan" balas Fiq.

Along berada didalam bilik bersama mereka pada ketika itu, Along memerhati riak wajah adiknya sewaktu membalas apa yang dikata Wan. Terpancar sedikit rasa kecewa dan seperti menyorok sesuatu, seperti keliru dan tidak pasti. Tapi Fiq bukan jenis bercerita, bukan jenis bercerita masalah. 

Apa jua ujian yang ditimpa Fiq dan Sya, pasti Fiq akan rasa 'nothing like us' Fiq ingin menyedapkan hati.

Keputusan SPM sudah keluar, Sya mendapat 'straight A' dan Fiq hanya memperolehi 5A. Sya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, malah Fiq masih tidak dapat mana-mana. Fiq sungguh tertekan, khabar kawan-kawannya yang dapat melanjutkan pelajaran membuatkan Fiq berasa sedih terhadap diri sendiri, tambahan pula bila Sya sendiri dapat ke UM. Fiq merasakan dirinya hina berbanding orang lain, Fiq begitu sedih. Tetapi seperti biasa, Fiq sering berpura-pura dan Fiq masih menantikan panggilan kedua dari mana-mana IPTA. Tiap-tiap malam Fiq akan berdoa agar dia diterima mana-mana dan tidak pernah lupa nama Sya dari mulut Fiq untuk berdoa agar ditemukan jodoh bersama Sya dan semoga Sya tidak berubah hati bila sudah berada di sana. Walaupun Fiq tahu dia akan menempuh suatu proses yang sangat mencabar bila Sya sudah berada di universiti, tapi dia tetap berfikiran positif dan mengharapkan yang terbaik untuk insan yang dicintai.

Suatu hari Fiq dengan hati yang gembira dan tidak henti senyum dia menuju ke Universiti Malaya untuk berjumpa Sya. Mereka menuju ke kafe yang terletak dekat dengan kolej penginapan Sya. Mereka berbual seperti biasa, Sya menyuapkan makanan pada mulut sendiri sambil ditemani Fiq yang sudah kenyang. Fiq mengajukan soalan biasa-biasa kepada Sya. Sewaktu Sya hendak membeli sesuatu sebagai pencuci mulut, Sya tertinggal tertinggal telifon bimbitnya di atas meja. Fiq masih lagi tersenyum gembira melihat Sya yang berada didepan matanya, "ya allah, sayangnya aku dekat dia ni" kata Fiq didalam hati.

Fiq mencapai telifon bimbit Sya yang terletak diatas meja, memicit butang-butang dan menuju ke 'inbox'. Terkejut, sebak dan sangat sedih bila Fiq melihat terpaparnya nama Ikram. Fiq buka satu demi satu mesej tersebut. Ayat yang 'sweet', ayat yang penuh rasa 'cinta'. Fiq terpaku ditempat duduk, mengalir air mata, Fiq menggigil. Sebaik saja Sya tiba dimeja, wajah Sya berubah seperti sedang takut dan menyembunyikan sesuatu. "Awak kenapa?" tanya Sya kepada Fiq. "Dalam dunia ni ada dua jenis manusia. Yang jujur dan yang menipu" Fiq balas sambil mengesat airmata dan beredar dari kafe tersebut. Sya mengekori Fiq dari belakang dan memanggil nama Fiq berkali-kali, tetapi tidak dilayan. Tiba saja dimotor, Fiq berhenti dan memandang mata Sya dalam-dalam lalu sambung menangis. Sya terkedu tidak berkata-kata, Fiq pergi.

Malam itu buat kali pertamanya, Fiq bercerita dengan Along soal hati...

"Aku tak pernah sayang perempuan sampai macam ni long, aku sayang dia sangat-sangat. Kau tau tak waktu Rania dekat hospital, Sya tu dia pakai baju Ikram waktu tidur, apa aku rasa long? Aku banyak kali gaduh dengan dia sebab benda  macam ni, tapi aku sabar aku tetap tak lepaskan dia, aku bagi peluang. Sebab aku teramat menyayangi dia. Kau tau tak semalam dia pergi UiTM Lendu hantar kawan dia, lepastu dia jumpa Ikram tu long, sebab Ikram pun dapat dekat sana, apa aku rasa? Aku ni sapa long? Aku ni sapa? Dia mesej dekat Ikram cakap jangan gatal, jaga diri, ramai lagi perempuan 'mata bulat' dekat sana. Apa aku rasa long? Aku pergi jumpa dia dekat kampus semata-mata kerana dia, kenapa jadi macam ni long? kenapa? Dia gunakan aku ke? Aku tak cukup baik untuk dia ke? Sampai hati dia buat macam ni dekat aku long, dia jadikan aku option. Dia bermanja dengan Ikram, kalau bosan dia datang dekat aku. Aku ni sapa long? Long, ni mimpikan? Sya bukan macam tu kan sebenarnya? Ni ujian kan? Sebab aku tau 'there's nothing like us'. Aku sayang dia long"

Fiq sudah berusia 25 tahun. Fiq masih menantikan Sya yang entah kemana, Fiq masih percaya bahawa jodohnya adalah bersama Sya. Bersama perempuan yang dia kenal sejak dari kecil, perempuan yang dia cinta sepenuh hati.

Beberapa tahun kemudian, Along sudah berumah tangga. Along merupakan seorang guru disebuah sekolah rendah. Pada suatu hari ketika murid sedang rehat, along memerhatikan sekumpulan anak muridnya sedang berjalan menuju ke kantin, dari belakang along ternampak 'wallet' salah seorang muridnya terjatuh. Along mengambil wallet tersebut dan membukanya. Ada tanda nama disimpan dalam beg duit tersebut, serta gambar kedua ibu bapa.

"Subhanallah". Along menitiskan airmata, dari jauh along memerhati anak muridnya seorang itu dikantin. Along sambung tatap gambar kedua ibu bapa pelajar itu, tiba-tiba along menitiskan airmata. 

Gambar Ikram dan Sya, ya anak murid along merupakan anak Ikram dan Sya. Lantas Along teringat pada adiknya Fiq yang telah pergi meninggal dunia beberapa tahun yang lalu kerana menghidap demam panas yang teruk.

"Aku tak mintak banyak long, cukup sekadar Sya bahgia dan tersenyum. Itu dah cukup untuk aku teruskan hidup".  - Fiq -



Sunday, 2 June 2013

Tangga

Beruk apa si Aiman Afiq ni buat lawak pasal tangga memalam buta. Aku doakan malam ni dia diganggu puaka berambut panjang.

Ketika aku menuntut di sekolah bukit, aku ni boleh tahan kuat peluh juga. Bukan sebab aku rajin bersukan, tapi kerana tangga bukan main banyak lagi. Aku rasa peruntukan buat tangga tu cukup untuk dapatkan pelajar buku teks yang baru dan lebih menghairahkan. 

Bagilah buku cantik macam mana pun, kalau 'design' buku teks sekolah ada gambar perempuan separuh bogel pun aku tahu aku takkan sentuh. Bosan tahap gampang dah buku teks ni, tapi buku teks sejarah aku boleh terima. Sebab apa? sebab ber'genre' komedi. Dengan jalan cerita yg lucu, nama yang pelik-pelik sampai sekarang aku ingat si temenggu jugah anak barieng tu. Pawer tak pawer aku?

Waktu aku tingkatan lima, aku tak kuat study tapi gagah bercinta. Tak hero lah kalau kau pergi sekolah untuk belajar, bagi aku sekolah ni tempat untuk kena rotan, kena maki dengan cikgu, kena tampar, kena cubit puting, kena sebut nama kat perhimpunan (haa yang ni pawer), kena ngumpat dengan makwe-makwe. Natang apa time periksa pun markah aku lebih kurang aja dgn bebudak hok bersungguh tu. Baik aku tak payah belajar, baik tiru aja. Tapi lama-lama kau ingat kawan kau nak tolong kau kalau kau bersikap mementingkan diri sendiri dan taknak berusaha? Kau ingat kau boleh survive dengan prinsip kau yang penuh ego dan taknak renung diri sendiri? Lama-lama melingkup juga keputusan aku. Natang apa orang lain periksa 'Pend Syariah Islam' dapat markah tinggi, aku dapat 37%. Aku rasa kalau beruk jawab periksa pun boleh 'score' lagi tinggi. Yang bab periksa sejarah ni lagi tak masuk akal, ada juga orang yg gagal tapi ada markah. Sampai ke aku, KOSONG PERATUS. Kau tak percaya kau boleh pergi tanya Cikgu Azri, tak pasal-pasal kena pukul dengan kertas periksa sendiri dalam bilik guru, siap kena 'GONJOL' lagi dari abah azri.

Tak cukup dengan kena maki sebab bebal tang akademik, aku asyik kena panggil sebab bercinta. Padan muka pasangan aku waktu tu, apa punya gampang pergi terima lamaran lelaki macam aku, kahkahkah. Kali ni kes tengok wayang bersama. Oh ya, kepada pembaca. Aku ni dulu sekolah jenis ber'agama'. Couple itu haram, sana-sini haram. Mujur depa tak cakap ikan keli tu haram, kalau tak memang aku ajak depa solat hajat di kantin. Aku keluar dgn kekasih aku ni time cuti sekolah, bila buka sekolah aja 'dia' ni pergi ceritalah ke kawan dia si Maimun tu. Apa punya beruklah Maimun ni pergi lapor ke ustaz rizal, memang ustaz telifon mak abah kekasih aku tu, kata aku bawa anak depa pergi tgk wayang lah apalah. Tak keharuan dah aku woi, memang mati dah, memang aku fikir tamat dah riwayat the zaindiary. Tapi aku silap, kekasih aku pawer! dia bertahan woi, kami bertahan. Tak peduli apa nak jadi, aku dgn dia tetap bersama. 

Kali ni aku ambil jalan yg lebih serious, aku cuba paksa diri belajar sungguh-sungguh. Sejarah hok kosong tu kalau dapat satu pun takpa dah. Hobi paling syok dekat sekolah dulu adalah ngintai adik-adik junior, hangpa yg senior kalau tak pernah buat, toksah dok gelar diri tu 'senior' lah woi.

Ada satu hari tu apa punya kes entah aku tak ingat, suka-suka aja aku panggil junior aku ni. Afza denga Hanees. kahkahkah! pasal kes apa entah, tapi time tu memang ada si zaty dudin dengan kinah si kepam air liur. Isu apa pun aku dah tak ingat, tapi aku tau aku pernah marah depa dua dekat tangga, waktu tu memang marahlah. Tapi sebenarnya aku suka-suka aja, saja tunjuk senior, apa bodohnya lah perangai. Oh ya, baru aku teringat, kes Asrul dengan Qaedi apa entah. Dari depa minat Qaedi dgn Asrul, baik depa minat aku. Kahkahkah! Aku dengar cerita depa dua orang dah takda dekat sekolah bukit tu lagi, Afza ke mrsm batu pahat, hanees ke sekolah agama apa entah. Si Hanees tu aku pelik, pindah ke sekolah agama juga. Rugi tahu tak grad di samer. Siapa yg habis di Samer dia akan rasa lain macam, sungguh.

Bosan kalau cerita dah masuk bab junior ni, tapi bila si apepah ahmad tu dah mula buat cerita kelakar dekat blog dia, mulalah aku rasa nak balas dendam. Si Apepah Ahmad ni aku tak berapa nak ingat apa dosa yg aku dah buat ke dia, tapi hok aku ingat aku pernah jugalah terpiker nak ngorat dia, tp mujur ain farhana ni lebih pawer. Ada tahun ni juga aku jenguk sekolah bukit tu, aku terserempak dengan Apepah Ahmad ni, kau tahu dia kata apa? bukan bagi salam, bukan tanya khabar, lafaz sakinah lagi lah tak. 

"Fuyoo, artis datang Samer". Apa punya lahanat lah si Apepah Ahmad ni! Aku tak tahu pula saat dan waktu tulah kali terakhir aku nampak dia di Samer. Mesti kawan-kawan dia rindu ke dia. Apa pun aku nak ucap jugalah, semoga dia dapat menggapai cita-cita dan impian yang selalu dia impikan. Dia kena bersyukur dia ada kawan-kawan hok betul-betul ikhlas nak kawan dengan dia, kihkihkih! Semoga Afifah Ahmad sedar akan kewujudan cinta Taufiq kepadanya, demi cinta taufiq afifah, demi cinta taufiq. Padan muka kau!

Baiklah, aku dah bosan. Aku tak tahu apa yang aku dah merepek dekat hangpa. Anak aku dah minta bacakan doa tidur, si isteri dok sibuk dengan blackberry dia. Anak menangis minta susu pun bukannya sedar dia tu. Oh ya, bini aku minat Nirvana. Bye