Wednesday 8 May 2013

Pringles Bawang

Aku baru sudah makan pringles perisa bawang dan ada ekstra masam tadi, dan milo kotak bersaiz kecil, aku lenjan dua kotak. Boleh tahan juga milo kotak ni, nikmat dia lain macam. Entah apa yang lain pun aku tak tahu, mungkin sebab cara penyediaannya yang berkotak dan cantik tu membuatkan aku rasa tertarik, atau mungkin aku sendiri yang mengada minta penampar.

Semasa aku dibangku sekolah dulu, aku seorang pelajar yang tak berapa nak baik dan tak berapa jahanam. Aku biasa-biasa saja, cuma biasa aku tak macam sesetengah pelajar. Boleh tahan jugalah nama aku naik turun bilik disiplin. Kalau kau pernah merasa bagaimana dihukum diwaktu sekolah, barulah kau tahu betapa syoknya hidup kau waktu muda. Bilik disiplin dah macam mahkamah, kau salah ke kau tak salah ke kau tetap dipanggil, yang menyoal kau tu guru disiplin. Boleh jadi juga guru disiplin sekolah kau tu mengajar matematik, jadi entah dimana sistem kehakiman dalam kepala cikgu matematik pun aku tak tahu. 


Kau ada dua option kalau kau dalam bilik disiplin, sama ada kau terus mengaku dan dirotan ataupun kau terus membohong dan ditampar berkali-kali. Perasaan hero akan timbul dalam diri kau, sungguh. 


Teringat pula kisah aku ketika berada di darjah 4, kisah aku dan Syahir. Aku ni ada dua kampung, satu kelantan dan satu lagi kedah. Bahasa kelantan ni lain macam sikit dan ia membuatkan aku menyimpan dendam pada bahasa itu sendiri sampai sekarang. Pada tahun itu jugalah pertama kali aku ratah cili padi kecil berwarna hijau bercampur warna oren seperti cahaya turbo celaka, dan juga pertama kali aku rasa keenakan kriuk kriuk 'hanger' hinggap di punggung.


Budak hingusan yang berusia 10 tahun pada masa itu mana tahu apa-apa tentang kestabilan emosi dan sebagainya, yang aku tahu kalau marah mesti mencarut dan kalau benci terus membenci. Jadi adalah satu isu ni yang aku gaduh kecil dengan syahir, aku cakaplah syahir ni buta. Tetapi dalam dialag kelantan, "weyh buto!". Syahir tanpa memikir panjang terus melaporkan pada ustaz sulaiman.


Sama ada aku bodoh atau syahir yang gampang, tak guna aku menunding jari. Ustaz Sulaiman mengajar pendidikan jasmani, jadi bagi aku dia tak tahu lansung sistem penghakiman tu macam mana, tanpa mendengar penjelasan aku yang berusia 10 tahun pada masa itu, aku terus dihukum seperti mana aku katakan tadi. Benda yang dipaksa mana sedap, dah lah pedas. Ustaz Sarmadhan disebelah ustaz sulaiman asyik ketawakan aku yang pada ketika itu muka merah padam menahan kepedasan, maruah aku seperti dipijak-pijak. Oh ya, aku romeo disekolah, aku hero, aku ramai peminat, macam cilake. Ustaz Sarmadhan mengambil kesempatan dengan mentertawakan aku, seperti budak-budak yang biasa, aku menangis. Ah! benci sungguh aku dengan sulaiman dan sarmadhan pada ketika itu, apatah lagi syahir. Aku mula tanam cita-cita baru, aku ingin jadi pembunuh.


*Benda yang dipaksa mana sedap, sama macam kena rogol.


Di tingkatan 5 aku pernah digantung sekolah bersama Acap. Kesalahan kami sangatlah power pada masa itu, kami memukul pelajar tingkatan dua atas kesalahan melakukan hubungan sejenis. Mungkin disebabkan aku trauma dihukum dari kecil tanpa mendengar penjelasan, aku pun seronok-seronok memukul anak orang yang entah betul atau tidak dosa yang dia lakukan itu. Yang keluar dari mulut aku adalah "kau gay kan? kau gay kan?". Ikut logik akal, adakah itu soalan atau ingin mencari kesalahan dalam masa yang sama melepaskan dendam? Bodoh sungguh aku, tetapi tak sebodoh acap. Aku tampar Azfar, tumbuk dada biasa-biasa aja (biasa kepala otak) tetapi kebodohan acap pada waktu itu adalah kemuncak kenapa aku dan dia digantung. Dengan hati yang ingin melepas geram, acap melepaskan satu das tamparan yang memang kuat tahap level tertinggi kalau kau orang main 'dota' lah. Darah meleleh dari telinga kanan Azfar, aku terkejut beruk melihat telinga azfar berdarah. Tenang betul muka azfar seperti sedang menahan perasaan takut, tenang haram jadah kalau kau berada dalam situasi seperti itu. Kalau kau menangis, kau akan malu dan peristiwa itu akan menghantui kau sampai bila-bila, kau akan diejek bila kau berada di tingkatan lima, tetapi jika kau tak menangis, kau akan dipukul seperti binatang, tapi kau sedang takut. Ah! setan sungguh perasaan macam tu, aku tahu sebab aku pernah kena dua tahun berturut-turut, dari aku tingkatan satu sampailah tingkatan dua. Cilake brader-brader tu semua, mereka semua beruk, entah dimana mereka sekarang, bergayut di pokok-pokok barangkali.


Benda yang membuatkan kau rasa awesome pada waktu itu adalah bila kes pergantungan yang berlaku disekolah sedang 'trending', mujur pada ketika itu tiada twitter. Kalau tak, mati jadi macam kes #IjatSyafiq tu. Tambahan pula, musim gantung menggantung ni jadi lebih menarik kerana bukan aku dan Acap saja digantung sekolah, malahan lagi 12 pelajar asrama dibuang asrama kerana memukul orang yang sama. Kau bayangkan betapa hero nya Azfar, nanti dia boleh cerita dekat junior-junior dia yang lain, yelah siapa yang nak cerita dekat anak cucu benda macam tu, tak power lah atok nanti. Tapi lagi power bila Emir mendapat habuan dari ayah Azfar sebelum dibuang asrama. Emir kena penampar yang berdesing dan telah mengubahnya seumur hidup, bukan kerana dia menang motor dari power root, tetapi kerana dia ditampar dan menerima ugutan dari ayah Azfar kononnya hendak membuat laporan polis. Ah mati! mati! mati! Tetapi ayah Azfar melayu yang hanya bercakap dan mempunyai sifat kesian, jadi dia tak lapor. Ayah Azfar sungguh power!


Sebenarnya ada seorang lagi yang dibuang asrama, makhluk tuhan ni entah kenapa sangap sangat sehingga dibuang kerana kes merokok. Haram jadah punya Jang, yang lain ok saja. Sampai ke dia terus kena buang asrama. Bala sungguh Jang, sejak dari peristiwa itu, Jang mula berniaga nasi lemak disekolah. Jang anak soleh.


Ketika aku berusia 19tahun, aku dikejutkan dengan pemergian arwah syahir, dia kemalangan jalanraya. Pemergian arwah begitu tragis sekali, anggota badan arwah bersepah dijalan raya membuatkan aku lagi tersentap. Aku rindukan arwah, sebelum pemergian arwah aku sempat buat 'reunion' sekolah rendah, itu kali terakhir aku berjumpa dengan arwah. *Al-fatihah..


Pada tahun yang sama jugalah aku berjumpa dengan segelintir brader-brader yang belasah aku, yang seronoknya kali ni, aku berada didepan mereka bukan lagi kerana aku kantoi merokok atau apa. Tetapi mereka menjadi penonton dan melihat aku membuat persembahan di dewan besar USIM. Aku silap, brader-brader tu tak jadi beruk. Mereka menjadi orang yang berguna, power juga mereka. Terima kasih sebab memukul saya, saya kini lebih ohsem.


Azfar hilang entah kemana, tapi aku tahu dia dah dengar lagu 'Tolong Jangan Pergi' dan dia juga mungkin terkejut sebab aku juga tidak menjadi beruk. Maafkan abang ye Azfar, abang? cilake.


12 Pelajar yang kena buang asrama tu semua menjadi, semua berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading dan yang paling seram sekali, antara mereka semua ada yang menjadi ustaz disekolah rendah. Ada juga yang sedang berkerja di mahkamah syariah. Mungkin Azfar akan terkejut bila tekaan dia bahawa abang-abang ni semua menjadi beruk adalah salah. 


Jang sekarang berada di IIC ( international islamic college ). Kalau kau tak percaya bahawa Jang ni anak soleh, kau pergi follow twitter dia. Kau cari sendiri, Jang takkan layan makwe-makwe sebab Jang anak soleh. Jang masih lagi merokok, aku tak faham entah sebab apa Jang dibuang asrama sebab merokok, sampai ke tua merokok si Jang ni. 

Sebab aku cerita benda-benda ni bukanlah kerana aku ingin membuka aib sendiri atau sesiapa, tetapi aku nak bagitahu walau apa benda sekalipun yang berlaku dalam hidup kau, itu semua satu proses. Satu proses yang sedang kau lalui untuk menjadikan kau lejen, lebih power, lebih agresif dan lebih-lebih.Heh!


Kau akan belajar dalam masa kau sedang membesar, kau akan belajar dari kesilapan kau, dari keadaan sekeliling kau. Kau akan lebih tahu kalau kau dah lalui benda tu, sama macam kau tahu rasa oren itu masam, sebab kau dah pernah rasa. Sama juga seperti kau cakap taik hidung kau masin, sebab kau masih boleh rasa taik hidung yang kau rasa menggunakan hujung lidah kau semasa kau kecil.


Aku ada seorang kawan ni yang sampai sekarang aku tak pernah menyesal lansung berkenalan dengan dia, cuma aku menyesal bila dia tak hensem. Kalau kau baca ni petak, aku nak kau tahu yang aku lagi hensem dari kau. Petak pernah cakap dekat aku, "kau jangan pernah takut buat silap, tapi kau kena takut kalau kau tak pernah buat silap". Si petak ni ayat dia memang kadang-kadang membuatkan kau terasa nak mengawan dengan dia, mujur aku vegetarian.

Kau bukan tuhan untuk menghukum orang dan kau bukan nabi, untuk menjadi sempurna. 

"Kehidupan adalah satu proses menuju kematian" - Petak Daud ( Menuju Nafas Terakhir )


No comments:

Post a Comment