Tuesday 4 June 2013

Aku, Cinta dan Dia


Fiq merupakan seorang pelajar tingkatan empat sewaktu kali pertama beliau menjejakkan kaki ke sekolah itu. Fiq pelajar baru dan menjadi tumpuan pelajar wanita khususnya, ini kerana Fiq mempunyai  raut wajah yang tampan, senyuman yang kadang-kadang saja dapat dilihat, kening yang tebal dan susuk tubuh yang menarik.

"weyh kau pandai main bola?" tanya Wan kepada Fiq. Biasalah soalan-soalan klise begitu ditanya pada pelajar baru. Perbualan ringkas tersebut diakhiri dengan Fiq memberitahu Wan bahawa dia juga pemain bola yang selalu bermain diposisi pertahanan. Sesiapa yang tidak mengenali Wan pasti akan menyangka Wan adalah seorang budak yang sombong, bongkak, poyo. Begitu jugalah pandangan pertama Fiq terhadap Wan. 

Fiq menginap di asrama, sama seperti pelajar lain. Sewaktu minggu balik, Fiq dengan rasa tidak sabar memberitahu abangnya 'Along' "weyh, kau ingat tak ada budak perempuan main bola dengan aku kecik2 dulu? Dia satu sekolah dengan aku dowh". Terpancar senyuman yang begitu gembira diwajah Fiq, seronok yang tak dapat digambarkan seolah-olah teruja kawan sepermainan diwaktu kecil bersekolah dengan dia. Tambahan pula kali ni Sya bertudung labuh dan berpakaian 'muslimah', berbeza sewaktu darjah 4, Sya hanya memakai tshirt lengan pendek dan tidak bertudung. 

Setahun kemudian, Fiq dan Wan merupakan sahabat yang sangat akrab. Satu sekolah sudah tahu bahawa Fiq dan Wan merupakan sahabat yang sentiasa bersama. Dimana ada Fiq, disitu ada Wan. Perangai gila mereka membuatkan pelajar yang lain merasakan seperti mereka tidak reti serius, tetapi jauh disudut hati hanya tuhan tahu betapa banyak bakul kesedihan yang mereka pendam dan masalah yang terpaksa mereka tanggung sendiri. Pelbagai masalah yang tak mereka tunjukkan, ada juga Fiq bercerita pada Wan dan begitu juga sebaliknya. Namun, masih ada segelintitr perkara yang Fiq tidak bercerita pada Wan, dan Wan tidak bercerita pada Fiq. Salah satunya adalah hati Fiq kepada Sya, Fiq memendam perasaan pada Sya sejak kali pertama dia bersua muka dengan Sya di sekolah. Perasaan terkejut, gemuruh, berdebar dan gembira itu membuatkan Fiq rasa sesuatu jauh disudut hati, tetapi dia cuba untuk tidak terlalu melayan perasaan.

Fiq tahu bahawa Sya ada menaruh perasaan pada orang lain, pada Ikram. Juga seorang pelajar tingkatan lima. Fiq cuba menjauhkan perasaan cinta itu dengan melayan Sya seperti kawan-kawan yang lain, seperti biasa. Tetapi itu semua tipu, benda yang pura-pura mana boleh jadi betul. Melainkan kau betul-betul merobek jantung kau sendiri. Fiq tersiksa, tapi dia pura-pura, Fiq sedih, tapi dia pura-pura, Fiq rindu-sayang-pedih, tapi dia pura-pura. Terus berpura-pura sepanjang tahun. Fiq korbankan cintanya demi sahabat, demi kebahgiaan orang lain, demi kebahgiaan Ikram dan Sya.

Pada tahun yang sama, Wan putus cinta. Wan ditinggalkan kekasihnya, sungguh Wan sedih, Wan tak keharuan. Tiap-tiap malam Wan akan menangis, akan menjerit dalam hati bersungguh-sungguh. "Takpe Wan, kau relax je. Bunga bukan sekuntum bro" kata Fiq kepada Wan dengan nada yang memberi nasihat. Fiq tidak berputus asa membantu Wan. Takut Wan tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran, risau, SPM makin hampir, dalam masa yang sama Fiq sendiri sedang menanggung derita. Tiap kali Fiq rasa 'down', pasti dia akan curi-curi untuk melihat wajah Sya yang berada di kelas sebelah, lagi seronok jika dia dapat berborak dengan Sya seperti biasa.

Ikram dan Sya tidak ada apa-apa hubungan secara rasmi. SPM sudah berlalu, alam persekolahan sudah berlalu. Fiq keluar dengan semangat yang baru, Fiq cuba untuk meletakkan dirinya pada satu level yang lebih tinggi. Untuk menjaga hati dan perasaan Ikram, Fiq bertanyakan tentang perhubungan Ikram dan Sya. Ikram betul-betul menidakkan perasaan dia terhadap Sya, Ikram mengatakan bahawa dia langsung tiada perasaan terhadap Sya, cuma kawan biasa saja. Fiq mengajukan soalan yang sama berkali-kali dan jawapan yang sama jugalah yang diberi Ikram pada Fiq. 

Kerap juga Fiq dan Sya berhubung melalui sistem pesanan ringkas, pagi, petang, siang dan malam tidak renggang telifon bimbit dari genggaman Fiq. Begitu jugalah dengan Sya. Fiq memberitahu bahawa dia memendam perasaan pada Sya sejak dibangku sekolah, perkara ini diberitahu melalui 'sms' saja. Sya cuma memberi respond biasa, seperti memendam perasaan terkejut dan menjual mahal. Nak dijadikan cerita, Fiq dan Sya kerja ditempat yang sama sementara menunggu keputusan SPM. Mereka bekerja di 'Secret Recipe' Selayang Mall. 

"Saya cintakan awak" kata Fiq dengan hati yang berbunga pada Sya. Situasi itu berlaku pada waktu malam setelah mereka berdua selesai berkerja, betul-betul dihadapan JM Briani Selayang Mall.

"Saya pun sebenarnya dah lama suka dekat awak, tapi saya cuba jauhkan perasaan saya tu. Saya takut perasaan awak dan saya tak sama" balas Sya pada Fiq. Malam itu merupakan malam yang paling indah mereka berdua, walaupun mereka pulang kerumah masing-masing dan bukannya menikmati malam pertama seperti pasangan suami isteri.

Dalam percintaan perlukan pengorbanan, begitulah yang dilakukan Fiq dan juga Sya. Kerap juga mereka bertengkar mengenai isu yang kecil. Jika Fiq merajuk, Sya akan pujuk. Begitu jugalah jika Sya merajuk, Fiq yang akan memujuk. Sayang dan cinta Fiq pada Sya tidak dapat dihuraikan dengan kata-kata. Fiq bukan jenis bercerita pada Along hal-hal percintaan, bagi Fiq kisah dia dan Sya hanyalah antara mereka berdua saja. 

Bibit-bibit percintaan yang mereka lalui mungkin klise bagi orang lain, tapi tidak bagi mereka. Suatu hari Fiq dapat tahu bahawa Sya dan Ikram berhubung antara satu sama lain. Fiq merasa begitu marah dan tercabar, Fiq usaha memperbetulkan keadaan. Fiq berusaha mempertahankan hubungannya dan Sya. Seperti sebelum-sebelumnya, mereka berbaik semula.

Wan selalu juga datang kerumah Fiq, saja melepaskan rindu. Kadang-kadang mereka akan menghabiskan masa diluar, tapi dirumah mungkin lebih selesa. Boleh buka baju, boleh baring, boleh buat apa-apa. Rumah Fiq selalunya menjadi tumpuan.

"Kau tak tau dowh, kau tunggulah nanti bila dah kena dekat kau sakit gila dowh Fiq" kata Wan. "Aku taulah, sapa kata aku asyik happy je? kau tak tau Wan" balas Fiq.

Along berada didalam bilik bersama mereka pada ketika itu, Along memerhati riak wajah adiknya sewaktu membalas apa yang dikata Wan. Terpancar sedikit rasa kecewa dan seperti menyorok sesuatu, seperti keliru dan tidak pasti. Tapi Fiq bukan jenis bercerita, bukan jenis bercerita masalah. 

Apa jua ujian yang ditimpa Fiq dan Sya, pasti Fiq akan rasa 'nothing like us' Fiq ingin menyedapkan hati.

Keputusan SPM sudah keluar, Sya mendapat 'straight A' dan Fiq hanya memperolehi 5A. Sya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, malah Fiq masih tidak dapat mana-mana. Fiq sungguh tertekan, khabar kawan-kawannya yang dapat melanjutkan pelajaran membuatkan Fiq berasa sedih terhadap diri sendiri, tambahan pula bila Sya sendiri dapat ke UM. Fiq merasakan dirinya hina berbanding orang lain, Fiq begitu sedih. Tetapi seperti biasa, Fiq sering berpura-pura dan Fiq masih menantikan panggilan kedua dari mana-mana IPTA. Tiap-tiap malam Fiq akan berdoa agar dia diterima mana-mana dan tidak pernah lupa nama Sya dari mulut Fiq untuk berdoa agar ditemukan jodoh bersama Sya dan semoga Sya tidak berubah hati bila sudah berada di sana. Walaupun Fiq tahu dia akan menempuh suatu proses yang sangat mencabar bila Sya sudah berada di universiti, tapi dia tetap berfikiran positif dan mengharapkan yang terbaik untuk insan yang dicintai.

Suatu hari Fiq dengan hati yang gembira dan tidak henti senyum dia menuju ke Universiti Malaya untuk berjumpa Sya. Mereka menuju ke kafe yang terletak dekat dengan kolej penginapan Sya. Mereka berbual seperti biasa, Sya menyuapkan makanan pada mulut sendiri sambil ditemani Fiq yang sudah kenyang. Fiq mengajukan soalan biasa-biasa kepada Sya. Sewaktu Sya hendak membeli sesuatu sebagai pencuci mulut, Sya tertinggal tertinggal telifon bimbitnya di atas meja. Fiq masih lagi tersenyum gembira melihat Sya yang berada didepan matanya, "ya allah, sayangnya aku dekat dia ni" kata Fiq didalam hati.

Fiq mencapai telifon bimbit Sya yang terletak diatas meja, memicit butang-butang dan menuju ke 'inbox'. Terkejut, sebak dan sangat sedih bila Fiq melihat terpaparnya nama Ikram. Fiq buka satu demi satu mesej tersebut. Ayat yang 'sweet', ayat yang penuh rasa 'cinta'. Fiq terpaku ditempat duduk, mengalir air mata, Fiq menggigil. Sebaik saja Sya tiba dimeja, wajah Sya berubah seperti sedang takut dan menyembunyikan sesuatu. "Awak kenapa?" tanya Sya kepada Fiq. "Dalam dunia ni ada dua jenis manusia. Yang jujur dan yang menipu" Fiq balas sambil mengesat airmata dan beredar dari kafe tersebut. Sya mengekori Fiq dari belakang dan memanggil nama Fiq berkali-kali, tetapi tidak dilayan. Tiba saja dimotor, Fiq berhenti dan memandang mata Sya dalam-dalam lalu sambung menangis. Sya terkedu tidak berkata-kata, Fiq pergi.

Malam itu buat kali pertamanya, Fiq bercerita dengan Along soal hati...

"Aku tak pernah sayang perempuan sampai macam ni long, aku sayang dia sangat-sangat. Kau tau tak waktu Rania dekat hospital, Sya tu dia pakai baju Ikram waktu tidur, apa aku rasa long? Aku banyak kali gaduh dengan dia sebab benda  macam ni, tapi aku sabar aku tetap tak lepaskan dia, aku bagi peluang. Sebab aku teramat menyayangi dia. Kau tau tak semalam dia pergi UiTM Lendu hantar kawan dia, lepastu dia jumpa Ikram tu long, sebab Ikram pun dapat dekat sana, apa aku rasa? Aku ni sapa long? Aku ni sapa? Dia mesej dekat Ikram cakap jangan gatal, jaga diri, ramai lagi perempuan 'mata bulat' dekat sana. Apa aku rasa long? Aku pergi jumpa dia dekat kampus semata-mata kerana dia, kenapa jadi macam ni long? kenapa? Dia gunakan aku ke? Aku tak cukup baik untuk dia ke? Sampai hati dia buat macam ni dekat aku long, dia jadikan aku option. Dia bermanja dengan Ikram, kalau bosan dia datang dekat aku. Aku ni sapa long? Long, ni mimpikan? Sya bukan macam tu kan sebenarnya? Ni ujian kan? Sebab aku tau 'there's nothing like us'. Aku sayang dia long"

Fiq sudah berusia 25 tahun. Fiq masih menantikan Sya yang entah kemana, Fiq masih percaya bahawa jodohnya adalah bersama Sya. Bersama perempuan yang dia kenal sejak dari kecil, perempuan yang dia cinta sepenuh hati.

Beberapa tahun kemudian, Along sudah berumah tangga. Along merupakan seorang guru disebuah sekolah rendah. Pada suatu hari ketika murid sedang rehat, along memerhatikan sekumpulan anak muridnya sedang berjalan menuju ke kantin, dari belakang along ternampak 'wallet' salah seorang muridnya terjatuh. Along mengambil wallet tersebut dan membukanya. Ada tanda nama disimpan dalam beg duit tersebut, serta gambar kedua ibu bapa.

"Subhanallah". Along menitiskan airmata, dari jauh along memerhati anak muridnya seorang itu dikantin. Along sambung tatap gambar kedua ibu bapa pelajar itu, tiba-tiba along menitiskan airmata. 

Gambar Ikram dan Sya, ya anak murid along merupakan anak Ikram dan Sya. Lantas Along teringat pada adiknya Fiq yang telah pergi meninggal dunia beberapa tahun yang lalu kerana menghidap demam panas yang teruk.

"Aku tak mintak banyak long, cukup sekadar Sya bahgia dan tersenyum. Itu dah cukup untuk aku teruskan hidup".  - Fiq -



No comments:

Post a Comment